Please Click Here!!!TQ

Wednesday, May 4, 2011

Custard TeaCake...yummy!!!

Salam semua...haha...mimpi apa tetiba post pasal

cake plak nih???hari ni kan me cuti rehat...plan asal nak tgk movie..

tapi show x best..so, dok umah jelah..kemas umah...pastu

teringin lak nak try this cake recipe..dah lama dok belek..

hari ni baru rasa nak bake. anyway,custard teacake ni mmg sedap

sangat..soft..pasal guna custard kan. erm...resepi ni

me ambik daripada DTS ..

mesti ramai yang kenal blogger ni kan???byk gak le

yg me try resepi DTS ni mmg menjadik la...


at the middle tu ada custard filling....



gebus sgt cake nih..berderai je bila potong...so, nih

me nak bagi resepi...

resepi asal Custard TeaCake -DTS


BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
*doublekan sukatan kalau nak mcm yg me buat tuh


BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar

15 gram mentega (lebih kurang 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2.Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci . Ketepikan.
3.Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4.Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5.Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba ye!!!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...