Monday, May 23, 2011
AiRaSiA PrOmOtiOn!!!!
Monday, April 4, 2011
10 Things To Learn From Japan
diorg bleh je beratur tunggu turn dengan penuh kesabaran...
they all ambik cukup utk kegunaan sendiri..x ambik lebih sbb tahu ramai
yg lagi yg memerlukan.....
Tuesday, March 15, 2011
The International Conference On Early Childhood and Special Education (ICECSE) 2011
Thursday, March 10, 2011
Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah SAW...
anyway..tengah dok baca paper..ternampak artikel bertajuk Utama hubungan dengan
- Drpd Dr. Fatma -kasih sayang dalam rumahtangga perlu dicari dan itu mengikat suami isteri kepada tanggunggjawab kerana mereka boleh masuk syurga atau neraka disebabkan pasangan masing-masing.
- Dr.Fatma -banyak suami tidak tanya isteri sudah solat ke belum. yang mereka tanya, masak apa hari ni dan jika tidak masak, mereka marah tetapi jika isteri tidak solat, mereka tidak marah pulak.
- Dr.Mohd Fazilah - hasil kajian dan pengalaman, 99% masalah disebabkan oleh suami, isteri atau kedua-duanya tidak menjaga solat.
- Dr.Mohd Fazilah - anak tidak belajar daripada apa yang diperkatakan ibu bapa, sebaliknya mereka membina karakter berdasarkan contoh dilihat setiap hari dalam rumahtangga. perkataan yang keluar dari mulut ibubapa adalah doa, jadi doakanlah yang terbaik untuk anak kita.
dalam artikel nih pun ada tulis...macamana nak taat dan setia pada pasangan kalau perintah Allah tak dituruti/taati...diharap maklumat yang me tulis dapat memberi pengajaran kepada semua...sharing is caring :)
saje je nak letak gambar me with hubby...semoga Allah memanjangkanperhubungan kami ke akhir hayat dan memudahkan urusan hidup kami
sekeluarga..Amin..
Tuesday, February 22, 2011
Engku Aleesya..anak Erra Fazira..
apa hal tetiba buat n3 pasal erra ngan anak dia nih???haha...

Monday, February 14, 2011
Selamat Menyambut Maulidur Rasul.....

Tuesday, January 18, 2011
DiTipU?????
Salam....erm...sape plak kene tipu nih????some of u guys may had a bad experience...been cheating with ur own friends or a strangers or sesape jelah......Friday, January 7, 2011
Nice Words.....
Wednesday, December 22, 2010
Kelebihan Dan Rahsia Di Sebalik Ciuman....

saya nak bercerita pasal ciuman nih???...haha...anyway,info nih utk pasangan
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.
so, apa pendapat anda slps membaca petikan di atas???
Tuesday, December 21, 2010
Kenapa Kita Perlu Balik Kerja Awal
"Baca pelan- pelan Dan penuh penghayatan.
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan Dan sa lin g menghormati,
Kami sa lin g melambai Sam bil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana Kita melayan orang tersayang, tua Dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh Dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila ber Sama orang tak dikenali,
Begitu bersopan Dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah Dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru Dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap Ku kebiliknya, Dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana IA cantik seperti ibu,
Ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu Hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
Dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya Kita mati Hari ini,
Syarikat tempat Kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
Dalam hanya beberapa Hari?
Tetapi keluarga yang Kita tinggalkan,
Akan merasa kehilangan Kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya Kita menghabiskan masa Kita kepada kerja,
Melebihi keluarga Kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak Bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA LEBIH DR SEGALANYA "
Wednesday, December 15, 2010
Info Mengenai Pelukan....
Friday, December 10, 2010
Pororo The Little Peguin...


Pororo???haha...sesape yang ade small kids may know him..kui2x..
besides Dibo The Gift Dragon...Pororo becoming their fav. cartoons
to watch....i pun dah bleh hafal theme song cartoon nih...
erm...both cartoons from Korea...pandai diorg buat cartoon
cute2x. nih...anyway, here is the song...
I love to play all day
Come join me all my friends
Always happy, as can be
Little Penguin, Pororo
Snow covered wonderland
Make way for Pororo
Always happy, as can be
Everyday a new adventure waits for me
Call for him my Little Penguin
Porong Porong Pororo
Porong Porong Pororo
Porong Porong Porong Porong
Porong Porong Po! Ro Ro!
I love to play all day
Come join me all my friends
Always happy, as can be
Porong, Porong, Porong, Porong, Pororo
well, in this cartoon the main character is Pororo..of course la kan..
haha..then got Crong the baby dinosaurus..Crong thought Pororo is his sister
so, he always follows Pororo .....
then they have Loopy,Eddy,Poby,
petty and Harry the singing bird....
actually, almost all the cartoons in the Playhouse Disney....diorg suka..
umi dorg pun join sekaki..haha....
Wednesday, December 1, 2010
5 Worst Eating Habits for Your Waistline...
1. You're too frazzled for breakfast
You don't have time to eat in the morning, so you grab a sugary doughnut or high-calorie muffin. yang ni memang selalu dok buat...
Solution: Zap a packet of instant oatmeal with low-fat milk as soon as you wake up. Take bites between showering, dressing, and putting on makeup. Bring an apple or banana to eat in the car
really gud advise...nak kena make sure
2. You skipped lunch and want drive-thru food
You've got too many things to do and each task is taking longer than expected. It's nearly past lunch and you're starving!
haha...ni pun mesti kita selalu buat kan???
Solution: Dig into your glove compartment for the high-fiber, protein-packed bar you stash there for such emergencies. When you get home, eat a lighter-than-normal lunch to compensate for the extra calories.
3. You're in a midday energy slump
You're low on energy and the office vending machine is calling your name during a midafternoon slump.
Solution: Keep a supply of single-serving packages of nuts and dried fruit in your desk and plan to munch a few hours after lunch--when you feel moderate hunger.
4. Dinner will be late and you want food now
You have a dinner date with your girlfriends, but it's 5 PM and you're stomach is already starting to growl.
i selalu cam nih...kekonon x nak dinner lambat..
Solution: Have a 150- to 200-calorie snack such as yogurt with some fruit or celery and 2 tablespoons of peanut butter a couple of hours before your dinner.
really gud advise...
5. You're snacking instead of sleeping
Your stomach is growling and all you can think about is food.
Solution: Grab a fiber-filled piece of low-calorie fruit such as a juicy apple or pear instead of, or at least before, diving into the cookie jar.
Better yet, go to bed—you're probably more tired than hungry, anyway. Recent studies of middle-age women found that those who slept 5 or fewer hours were 32% more likely to experience major weight gain, and 15% more likely to become obese, than those who slept an average of 7 hours. So go grab some shut-eye!
this is really true!!!lagipun kalau nak awet muda pun...tido
Sunday, November 21, 2010
pesanan buat suami....by Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
untuk tips yang last nih...menjadi kanser kepada isteri...seorang pengamal perubatan tradisional pernah memberitahu saya...perempuan perlu meluahkan apa yang tersirat didalam hati....jangan menyimpannya di dalam hati...kerana..lama kelamaan ..ia akan menjadi kanser....wallahuallam....
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Sunday, November 14, 2010
Mengapa Khizir Tak Boleh Dimakan??
some info to be share......
Kenapa khinzir tak boleh dimakan (English dan diterjemahkan)
You want to know?? Good scientific explanation( Adakah anda ingin tahu. Satu penjelasan saintifik yang bagus)
Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halaal and Haraam; what do they mean? (terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)
Yunus: That which is permissible is termed Halaal and that which is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the distinction between the two.
(Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.)
Bob: Can you give me an example?(Boleh awak beri saya contoh?)
Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health.
(Ya. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya padakesihatan manusia.)
Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination.
(Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ini.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan , malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan)
Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method of animal slaughter in Islam.
(Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.)
Bob: What do you mean?(Apa maksud kamu)
Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving all other veins and organs intact. (maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak)
Bob: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ.
(jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)
Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing.
(ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)
Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine.
(Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)
Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch;they are unclean to you. Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural anatomy.A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops,ham, bacon.
(sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia adalah tidak bersih untuk kamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)
Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseases the pig is found to be a host for many parasites and potential diseases.
(Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini merupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit)
Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body.
(Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2% daripada kandungan asid uriknyasebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.)
Wallahu a'lam
"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasan)nya pula. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (al Zalzalah:6-8)
Wednesday, November 10, 2010
Abbott Recalls Some Similac Formulas

The health care company Abbott says about 5 million containers of its Similac-brand powdered infant formulas—which includes Isomil and Go & Grow—are being recalled because of possible contamination with insect pieces or larvae.
The voluntary recall affects milk- and soy-based formulas distributed in the United States, Puerto Rico, Guam, and some Caribbean nations. At least 12 of the recalled products were provided to families through the federal government’s Women, Infants, and Children (WIC) health and nutrition program.
The Food and Drug Administration (FDA) is reassuring caregivers and families whose babies may have consumed recalled products that drinking the formula will not cause long-term health problems.
"FDA understands that this kind of contamination is a great concern to parents and caregivers," says FDA Commissioner Margaret A. Hamburg, M.D., "especially in a product they rely on to nourish their infants. To date, FDA has not received any consumer reports of illness associated with the recalled formula."
Insect pieces in the formula could irritate the gastrointestinal tract, causing babies to have an upset stomach or refuse food, FDA experts say. Parents should consult a doctor if symptoms persist for more than a few days.
FDA is encouraging consumers to check lot numbers on the bottom of formula containers against those being recalled. Anyone who has a recalled container should stop using it immediately and return it to the manufacturer for a full refund.
3 Ways to Tell If Your Formula Has Been Recalled
If you think you may have one of the recalled formulas, you can:
- use FDA’s searchable database4 to find the lot numbers of affected products.
- visit the manufacturer’s website5 and type in the lot number to see if it is being recalled, or
- call Abbott at (800) 986-8850, 24 hours a day, 7 days a week
Abbott says its liquid formulas are not affected by the recall. Additional information is available at www.abbott.com6.
The possibility of contamination was discovered during an internal quality review conducted earlier this month at Abbott’s Sturgis, Mich., plant. The review found that some Similac powdered formulas could contain pieces of a common type of warehouse beetle, the company said in a statement.
If you believe your baby might have become ill from drinking the recalled formula, report the problem to FDA's MedWatch Safety Information and Adverse Event Reporting Program:
- Complete and submit the report Online7
- Download form or call 1-800-332-1088 to request a reporting form, then complete and return to the address on the pre-addressed form, or submit by fax to 1-800-FDA-0178
Consumers may also call the FDA consumer complaint coordinator8 in their area.
This article appears on FDA's Consumer Updates page9, which features the latest on all FDA-regulated products.
Posted: September 23, 2010
Tuesday, November 9, 2010
FREE SEAT AIRASIA...IS BACK!!!!!

Cepat!!!sape yang plan nak jalan2x thn depan.....AirAsia ade buat free seat lagi!!!erm...dok plan ngan BFF nak gi Vietnam..tapi tak tau le lagi..sbb actually dah book pun pegi Bandung thn depan bulan March..kang x sempat nak kumpul duit lak..sbb tujuannye adalah ...haha...ini bising incik hubby kalau tahu nih...kui2x...ape lagik!!!BERSHOPPING le....dah le gi Bandung pun shopping...
Sunday, November 7, 2010
SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM
Just nak share some info with kawan2x...harap iannya dapat menjadi rujukan kepada semua yang concern pasal status halal sesebuah restaurant or produk makanan.....
Tolong sebar luaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
- 1) McDonald
- 2) A&W
- 3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
- 1) Victoria Station
- 2) Kam Lun Ta
- 3) Lotus Family Restoran
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
- 1) San Francisco Steakhouse
- 2) Chicken Rice Shop
- 3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
sebar sebar kn...makanan yg kita mkn akan menjadi drh daging kita..mencari yang halal itu adalah fardu...
Saturday, November 6, 2010
Suami Isteri Kerja : Suatu Pandangan
Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja, sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri.
Jika terdapat mana-mana bakal suami membuat syarat demikian, bagi saya ia masih boleh diterima jika : -
a) kedua-dua mereka mempunyai 'planning' sebaiknya maksud saya ia adalah bagi tempoh beberapa tahun awal selepas kahwin disebabkan kos hidup yang tinggi bagi pasangan berkahwin, dan pasangan masih muda.
b) bertujuan membantu suami atau keluarga di kampung yang benar-benar terdesak.
c) berbentuk 'temporary' sementara tiada anak sebagai persiapan ekonomi untuk beranak pinak dalam keadaan yang lebih selesa.
d) memberikan isteri pengalaman kerja di peringkat awal agar jika sesuatu berlaku kepada suami, isteri sudah berpengalaman, boleh dan mampu berdikari dengan lebih berkesan.
e) menamatkan perjanjian kerja dengan majikan atau kerajaan akibat perjanjian biasiswa dahulu.
Adapun, menjadikannya syarat seperti 'syarat yang paling utama' serta mengharapkan isteri untuk terus membantu selama-lamanya, bagi saya secara peribadi ia sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sang suami. Saya yakin mesti ramai suami dan sebahagian isteri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan seperti ini, terpulang.
Cuma fikir semula sebelum bantah secara total. Bagi saya apapun hakikat dan realiti di hadapan anda, menyuruh atau mengharap isteri bekerja dan pada masa yang sama mengharap isteri :
- 01) didik anak dengan hebat dan berkesan
- 02) layan suami dengan baik,
- 03) senyum melebar setiap kali bertemu suami yang 'penat' bila balik,
- 04) tempat suami mengadu masalah dan dapatkan sokongan,
- 05) memberikan buah fikiran yang baik kepada suami yang buntu di tempat kerja
- 06) untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak,
- 07) basuh baju, pastikan baju bersih tersedia,
- 08) gosok baju,pastikan yang diperlukan setiap hari bergosok,
- 09) sidai dan angkat baju,
- 10) urut badan suami,
- 11) masak sedap, jangan terlebih masin atau manis,
- 12) basuh pinggan, tidak mahu pinggan penuh di sinki,
- 13) sapu dan buang sampah,tidak mahu ada bau busuk kerana sampah,
- 14) kemas rumah agar ruang tamu, bilik dan rumah sentiasa bersih dan tersusun,
- 15) cuci tandas,tidak mahu 'geli' ke tandas berbau,
- 16) tangani karenah anak dengan baik
- 17) ajar anak ngaji
- 18) tak membebel,
- 19) tak mahu dengar anak menangis dan harap isteri berperanan, cept bertindak,
- 20) tak muncung dan lain-lain
Menuntut perkara di atas dan pada masa yang sama menyuruh isteri kerja adalah bertentangan dengan fitrah yang ditentukan oleh Allah kepada wanita. Adalah tidak adil sama sekali bagi seorang suami 'demand' hal sedemikian untuk disempurnakan oleh isteri dalam masa yang sama diharapkan income isteri untuk pembiayaan rumah dan kereta dan barang dapur.
Jika suami ingin isteri membantu ekonomi (yang sepatutnya tanggungjawab utama sang suami), maka sebahagian senarai kerja di atas patut di ambil alih oleh suami sebagai timbal balik kepada jasa isteri itu. Jika tidak mahu, mereka perlu mengambil pembantu rumah yang boleh diharap 'cover' sebahagian kerja-kerja teknikal tadi.
Kesimpulannya, suami yang bekerja perlu berilmu cara mengawal rumah tangga dan anak-anak akibat isteri bekerja. Sebarang kekurangan dalam rumah tangga akibat kedua-duanya bekerja adalah di bawah tanggungjawab suami. Jangan salahkan isteri yang bekerja sebagai gagal melaksanakan tangunggjawab di rumah, kerana suami yang 'beri' dan 'minta' isterinya bekerja from the very begining atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.
Justeru, bagi saya suami kena kontrol jenis kerja isteri, tempoh masa, suasana sekeliling isteri, jika kecemasan bagaimana, keletihan isteri yang bekerja ini setakat mana, apakah perkaar yang terpaksa dikorbankan disebabkan kerja isteri dan lain-lain.
Tatkala itu, suami perlu cari apakah jalan penyelesaiannya terbaik. Panjang ceritanya ini , ringkasannya, suami must be a good planner, manager and he is just like a CEO.
Akhirnya ; saudari menyebut , isteri terpaksa 'turun padang' demi keteguhan ekonomi rumah tangga. Soalan saya, mana yang lebih penting "keteguhan ekonomi" atau "keteguhan hubungan rumahtangga" ?
Ada orang, rumah dah ada cuma kecil sedikit..cuma nak di tambah 'teguh'kan dengan membeli yang lebih beasr, kerana itu perlukan isteri bekerja??? kereta dah mampu beli VIVA, cuma untuk 'keteguhan ekonomi' iaitu beli Camry, isteri bekerja. Apakah tanda aras keteguhan ekonomi?. Sampai bila mampu tercapai? akhirnya kebahagian rumahtangga tergadai dan bercerai kerana asyik mencari 'keteguhan ekonomi'. Wallahu'alam.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
Friday, November 5, 2010
Jakarta wajib ibu susu bayi hingga 6 bulan
2010/11/04
JAKARTA: Indonesia meluluskan undang-undang baru yang mewajibkan semua ibu menyusui bayi mereka sepenuhnya bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan.Undang-undang yang akan berkuat kuasa awal tahun depan itu menetapkan mana-mana ibu yang enggan berbuat demikian akan didenda hingga 100 juta rupiah (RM35,200) dan setahun penjara.
Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan, Tari Tritarayati, berkata undang-undang akan memperincikan bagi syarikat yang mempunyai kakitangan daripada ibu yang menyusui bayi perlu menyediakan kemudahan untuk menyusui anak mereka, memerah dan menyimpan susu.
sumber: www.bharian.com.my
Maryam: how old is he?
Me : he's 1yr n 2 weeks...
Maryam:are you working?
Me: yes, i am...
Maryam:then who's taking care of ur son?
Me:well...i don't have a family here..so, i have to send him to the nursery..
Maryam: oh..that's so sad...he is still small....anyway, when did u start ur work after gaved birth??
Me: In Malaysia we just got only 2 mths maternity leave..and recently the goverment decided to increase it to 90 days...
Maryam:just 60 days???how did you Breastfeed ur son??who's taking care of him???(she's really shock with my answer)
me:explaining to her the details.......how about u?
Maryam:we got 2 yrs if you really want to give exclusive breastfeed for 2 yrs...for the 1st year u will have basic salary...then for the 2nd yr...(i can't recall the percentage that they gave)
byk la yg we all borak pasal breastfeed...for me, they were really lucky to have that benefit....how lucky i am if Malaysia can do the same....at least 6 mth pun dah ok....best kan!!!




